Asmaul Husna

Anda Pelawat ke:

Selasa, 24 Ogos 2010

Penghargaan

Buat teman2 yang telah membeli produk SofZyn Collection ribuan terima kasih diucapkan kerana sedikit sebanyak telah menyokong perniagaan Sofzyn ni walaupun berniaga kecil-kecilan.
Kepada teman yang telah terima Sampul Duit Raya dari Sofzyn, harap berpuashati dan suka dengan design yang direka. Raya tahun depan jangan lupa tempah lagi yea? :-)

Terima kasih diucapkan kepada:
Jamalian binti Abdul Rahim
Norasyikin binti Mohamad
Mohd Yusarizman
Noraieni
Siti Sarah binti Abd Rahim
Azman bin Harris
Kak Long Anis
Encik Akhyah dan isteri
Khatijah
Nurhajjar Abd Karim
Nor Azila
dan ramai lagi....

Apapun, yang buruk datang nya dari Sofzyn, yang baik datangnya dari Allah s.w.t...
Wallahualam....

Isnin, 23 Ogos 2010

Ayam 1000 Rasa

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam (sederhana besar)
1 mangkuk kecil air
4 sudu minyak masak
3 sudu kicap manis
3 sudu kicap manis
4 sudu sos tiram
3 sudu sos tomato
2 sudu jus oren
2 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
1 sudu buah badam (ditumbuk) - klu xnk pun xpe..
1 inci belacan - i xletak belacan pun..
Sedikit garam dan sebuk perasa  

Bahan-bahan untuk dikisar:
1 inci halia
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai lada kering 


CARA MEMASAK:
1. Ayam dipotong kepada bahagian yang lebih kecil dan dibuang tulangnya.

2. Setelah dibersihkan, perap ayam selama 2 jam bersama kicap, sos tiram,sos tomata dan jus oren. Masukkan juga lada hitam bersama buah badam yang telah ditumbuk.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar. Biarkan sehingga naik baunya.

4. Masukkan belacan dan garam serta serbuk perasa. Masukkan air

5. Masukkan ayam yang telah diperap tadi. Kacau dan biarkan seketika sehingga masak. 

p/s: Hubby puji lauk ni sedap...hehehe..suke3x..

Khamis, 19 Ogos 2010

Puding Karamel

BAHAN:

Untuk puding:

10 biji telur
Satu tin susu pekat
Satu sudu tepung gandum
Sedikit esen vanila

Untuk karamel:

Gula

LANGKAH-LANGKAH:

Adunan Puding:

1. Pukul telur, susu pekat, tepung gandum, esen vanila. Tambahkan air sebanyak lebih kurang setengah tin susu tadi.

2. Ketika memukul, jangan terlalu kembang sehingga berbuih.

Karamel:

1. Panaskan gula di dalam kuali sehingga cair.

2. Kacau selalu agar gula mencair dengan sekata. Tambahkan sedikit air.

3. Jika sudah pekat keperangan (berwarna ala-ala golden gitu), angkat segera. Jangan sampai hangit pula.

Kukus:

1. Dalam satu bekas tupperware, tuangkan sedikit karamel membentuk satu lapisan nipis di dasar bekas tersebut.

2. Tuangkan adunan puding di atas lapisan karamel itu, sehingga lebih kurang seinci tebalnya.

3. Masukkan bekas berserta adunan itu ke dalam steamer/pengukus. Kukus sehingga masak (lebih kurang 20-30minit).

4. Setelah masak, terbalikkan bekas tersebut di atas pinggan/dulang bagi mengeluarkan puding tersebut. Biarkan ia menyejuk pada suhu bilik.

5. Masukkan puding ke dalam peti sejuk. Puding sedap dimakan ketika sejuk.

Ayam 3 Rasa Syg

Bahan-bahan:
4 ketul ayam - dipotong (mkn ber2 jerk)
½biji bwg besar - di hiris
minyak untuk menumis
3 ulas bwg merah kecil - di hiris
2 ulas bwg putih - dihiris
halia sebesar ibu jar - dihirs
1 btg serai - di hiris
garam dan aji
½ cwn air
2 sudu mkn lada kisar
1 sudu kcl serbuk kunyit
2 sudu mkn serbuk kari
2 sudu mkn sos tiram
2 sudu mkn kicap manis
3 biji tamato - di potong dua

Cara memasak:
Tumiskan minyak, masukan bahan yang di hiris sehingga naik bau,
kemudian masukan lada kisar, serbuk kunyit, serbuk kari,sos tiram, kicap manis gaul rata sampai timbul minyak.
masuk ayam, garam & aji dan masukan air.
setelah hampir masak masukan tomato.
Sedia untuk di hidang.

Rabu, 18 Ogos 2010

Gulai Tempoyak Ikan Kembung

-->
Bahan-Bahan:
1 kg ikan kembung (dipotng dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai
10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam
Cara:
Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.

Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.

Masukkan serbuk kunyit dan garam

Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
  

Agar2 3 Rasa

Bahan-bahan:

Agar-agar (ikut bpe byk nak. Saya 2org jer,,so xbyk la)
Gula Secukup Rasa
Santan pekat 2sudu
Susu pekat 3sudu
Vico 3sudu
Sirap 2sudu
Oren Sunquick 2 sudu
Air 1 gelas

Cara Memasak:
Masukkan agar-agar dan santan dalam periuk serta air. Letakkan atas dapur dgn api yg sederhana. Masukkan gula, susu,kacau hingga mendidih... Kemudian, asingkan dalam 4senduk ke periuk lain. Letakkan atas dapur dgn api yg kecil...masukkan vico dan oren 1 sudu, kacau hingga sebati,,,hingga mendidih lagi...kemudian tuang ke dalam bekas. tapis airnya. Biarkan sejuk..Sementara yg satu lagi periuk tadi biarkan atas api yg kecil.. Dan masukkan sirap dan oren 1 sudu..kcau hingga sebati dan mendidih. Setelah vico didalam bekas td sejuk,,masukkan pula sirap...Bermakna 2 lapis...biarkan sejuk...setelah sejuk masukan dalam peti ais...bila dah sejuk,,,potong ikut suka.. dan hidang...
Selamat mencuba... :-)

Daging Masak Hitam Istimewa

BAHAN A
Daging 1 kilo
Bawang Besar 1 kilo
Serai 3 batang(titik)
Kulit Kayu Manis 2cm
Bunga Lawang 1 kumtum
Bunga Cenkih 4 biji
Minyak 5 sudu besar
Kicap Pekat 6 sudu besar
Garam ,Gula ,½ sudu air asam jawa
 


BAHAN B
Halia 6cm (panjang)
Bawang Putih 7 ulas
Cabai Kering 10 biji
¼ sudu besar Serbuk Jintan Manis
¼ sudu besar serbuk Jintan Putih 



CARA-CARA :
1.Daging dipotong sederhana kecil basuh
dan toskan . 


2.Bawang kupas basuh dan potong nipis 


3.Kisar semua bahan B hingga halus. 


4.Masukan Daging kedalam periuk masukan
bawang,serai,bunga cengkih,lawang ,kk
manis dan bahan B yang dikisar .


5.Masukkan kicap pekat,gula ,garam,air
asam jawa dan sedikit air dan minyak
gaul hingga sebati.


6.Angkat periuk letak atas dapur
masak dengan api kecil selama 1-2 jam
atau sehingga daging empuk dan pekat
kuahnya. 



p/s : try la kompom hingga menjilat jari.. saya masak lauk ni waktu berbuka puasa,,liciiiiinnnnn...

Ayam Madu Bersos

BAHAN-BAHAN : 
6 ketul ayam
2 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
1 cm halia
2 batang serai
½ biji bawang besar
6 ulas bawang putih
8 tangkai cili kering
4 sudu besar sos cili
8 sudu madu





CARA MEMASAK :
Bersihkan ayam dan gaul bersama kunyit serta garam. Goreng hingga masak. 
Kisar halia, bawang besar, bawang putih dan cili kering.
Tumis bahan kisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan serai yang diketuk hingga naik bau. 
Masukkan sos cili dan madu. Rasakan garam dan bahan perasa. 
Gaul ayam hingga rata dan bolehlah dipadamkan api.


p/s : amacam?simple x? sedap tau..blum cuba blum tau.. :-)

Rabu, 11 Ogos 2010

Kuih Raya

Salam Ramadan buat semua,,

SofZyn CoLlEcTiON juga ada menyediakan khidmat tempahan kuih raya untuk anda.. Ada beberapa jenis kuih yang boleh anda pilih. Jom pilih,,jgn lambat nti melepas.. :-) Tempahannya nanti emel kat sofzyn yea?
sofzyn@gmail.com