NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
* Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
* Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
* Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
* Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
* Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara iaitu :
(a)Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
(b)Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
(c)Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu
(d)Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.
Sabtu, 27 November 2010
Rabu, 24 November 2010
Selasa, 16 November 2010
Salam Aidiladha
Salam semua pembaca,
Esok 11 Zulhijjah bererti Aidiladha akan menjelma lagi atau ertikata lain, Hari Raya Korban. Sebut erti pengorbanan, adakah kita tau apa itu sebenarnya pengorbanan? Erti kata itu adalah menurut pandangan mata hati sendiri bagaimana ingin mentafsirkan apa itu PENGORBANAN. Pada saya, pengorbanan luas rangkumannya.
Pertama, Pengorbanan ibu bapa kita. Ini saya sebutkan yang pertama kerana, kita xkan wujud di dunia ini tanpa adanya ibu bapa kita. Bayangkan pengorbanan seorang ibu, yang membawa kita selama 9bln 10 hari bersama dirinya, amat memenatkan. Berat perut yang diusung ke sana ke mari. Bertambah berat dari bulan ke bulan. Sanggup ibu kita usung dan bertahan demi nyawa anak yg dikasihi walaupun belum lagi dilahirkan, kasih sayang itu telah terbit dr dlm ht. Cukup bulan kita dilahirkan ke dunia yg fana ini, kesakitan yang ditanggung semasa melahirkan, terubat setelah mendengar tangisan kita di gegendang telinga nya. tak cukup dengan itu, kita dibesarkan bagaikan menatang minyak yg penuh, dimanja, dibelai. Sungguh rindu kenangan kanak2 semasa dibesarkan ibu.. Bapa, yang panggilan mesra yg diberikan kepadanya adalah abah. Abah yang membanting tulang 4keratnya mencari rezeki demi membesarkan anak2 yang disayangi, dikasihi, tanpa mengenal erti penat dan lelah. Sehingga kini keringat nya masih lagi digunakan demi anak yang disayangi..
Pengalaman saya semasa kecil, mak dan abah tidak mempunyai kerja tetap.. Hanya sekadar peniaga kecil-kecilan.. berniaga nasi lemak dan kuih muih di kampung. dari jam 3pagi mak abah bangun, menyediakan segala keperluan dan makanan yg ingin dijual, mengusung menggunakan vespa pada jam 6pg. Membuka meja, menyusun kuih muih dan makanan yg lain untuk dijual.. Alhamdulillah sambutan dari penduduk kampung sangat menggalakkan. Habis jualan mak abah gi terus beli bahan-bahan untuk dimasak esoknya. dan cari daun pisang untuk nasi lemak dan kuih muih.. Sampai di rumah, masakkan untuk anak2, melayan karenah anak2, mengemas rumah. mujur abg ku sudah pandai menjaga adik2 di rumah, jadi adik2 tinggal je kat rumah. kalau time abg sekolah, aku dan adik akan dibawa bersama menaiki vespa. Naik vespa berempat..bygkan cmane... adik duduk di riba mak kat blkg, aku duduk di paha abah sebelah kiri..bahan2 jualan letak di dalam bakul dan letak di depan bersama aku.. Walaupun perit dan sedih,, kenangan itu tetap manis di ingatan kami adik beradik.
Sehingga kini mak abah masih lagi berniaga nasi lemak dan kuih muih kerana itu adalah minat mereka..suruh berhenti duduk rumah rehat, anak2 tanggung mkn,,die xmau,,die kata boring duk umah jer.. Xpela,,yang penting mak abah hepi.. :-)
Besar PENGORBANAN mak dan abah yang tanpa kita sedar telah memberikan kejayaan di dalam diri ini. atas didikan yang diberi, Alhamdulillah kami 3beradik tidak pernah lupakan org tua kami, tidak pernah lupa jasa orang tua kami...
Kedua, PENGORBANAN seorang suami/isteri... Saya sebagai isteri telah melalui pelbagai dugaan dan ujian dr Allah untuk menguji kekuatan Keimanan hati ini. Suami lah tempat saya mengadu, tempat saya berkongsi masalah, tempat saya bermanja, Alhamdulillah pengorbanan suami saya yang menjaga saya sewaktu saya terlantar di hospital dengan sakit yg tidak dapt ditafsirkan oleh doktor. Sehingga kini, saya masih lagi menghadapi ujian Allah yang tak pernah putus. Suami saya tetap disisi, menyokong, membantu untuk melihat saya bahagia bersamanya. Itu Pengorbanan seorang suami yang dapat saya gambarkan. Mungkin anda juga mengalami ujian dan dugaan dari Allah yang lebih hebat dari saya. Satu tindakan kita, mohon la PadaNya agar suami kita tetap disisi bersama susah dan senang kita. semoga Allah mendengarnya kerana Allah Maha Mendengar.
Ketiga, Keempat, Kelima dan seterusnya, anda sendiri blh sambung apa saja pengorbanan yang telah anda alami bersama insan disekeliling anda.
Apapun di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.. Semoga segala pengorbanan ikhlas yang telah anda lakukan akan mendapat ganjaran yang baik dan hebat dari NYA...

Ahad, 14 November 2010
Tips keluarga bahagia
Ni ada satu lagi artikel mengenai “Tips keluarga bahagia” yang saya kira sangat baik untuk kita ambil manfaat daripadanya.

- Bersama-sama bersolat jamaah , bersama-sama menimba ilmu ALLAH…berdoa bersama2…mengikuti majlis agama dan ilmu bersama..selalulah pergi ke masjid bersama-sama..Jika mendapat ilmu yang bermanfaat, berkongsi lah dengan isteri dan anak2
- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, dan beriadah bersama-sama….
- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami…
- Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan….
- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri….
- Isteri yang romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya….
- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan selagi tidak salah di sisi ALLAH…
- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga….
- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu dan berdoa pada ALLAH, agar diberi ilham untuk menyelesaikan secara baik…

- Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak….
- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali(rujuk)…
- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat…
- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri…
- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung….
- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga….
- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah….
- Menjawab setiap pertanyaan suami dan isteri dengan lembut dengan penuh kasih sayang…
- Pasangan tua, jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami atau isteri tidur sendirian….
- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri….
- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak….
- Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga…
- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia….
- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian…
- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan. …
- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya. …
- Jika anak atau pasangan kita berbuat salah ..jangan lah di nasihat secara kasar…Berlembutlah ..guna kan secara berhemah …nasihat dengan kasih sayang…dan sentiasa memohon agar ALLAH beri kita kekuatan menghadapi semua dugaan tu..
- Didik anak semenjak di dalam perut lagi ..dengan bacaan AL-Quran..zikir.. ..nasyid..hiburan. yang di benarkan agama…
Isnin, 8 November 2010
Langgan:
Ulasan (Atom)