Salam semua pembaca,
Esok 11 Zulhijjah bererti Aidiladha akan menjelma lagi atau ertikata lain, Hari Raya Korban. Sebut erti pengorbanan, adakah kita tau apa itu sebenarnya pengorbanan? Erti kata itu adalah menurut pandangan mata hati sendiri bagaimana ingin mentafsirkan apa itu PENGORBANAN. Pada saya, pengorbanan luas rangkumannya.
Pertama, Pengorbanan ibu bapa kita. Ini saya sebutkan yang pertama kerana, kita xkan wujud di dunia ini tanpa adanya ibu bapa kita. Bayangkan pengorbanan seorang ibu, yang membawa kita selama 9bln 10 hari bersama dirinya, amat memenatkan. Berat perut yang diusung ke sana ke mari. Bertambah berat dari bulan ke bulan. Sanggup ibu kita usung dan bertahan demi nyawa anak yg dikasihi walaupun belum lagi dilahirkan, kasih sayang itu telah terbit dr dlm ht. Cukup bulan kita dilahirkan ke dunia yg fana ini, kesakitan yang ditanggung semasa melahirkan, terubat setelah mendengar tangisan kita di gegendang telinga nya. tak cukup dengan itu, kita dibesarkan bagaikan menatang minyak yg penuh, dimanja, dibelai. Sungguh rindu kenangan kanak2 semasa dibesarkan ibu.. Bapa, yang panggilan mesra yg diberikan kepadanya adalah abah. Abah yang membanting tulang 4keratnya mencari rezeki demi membesarkan anak2 yang disayangi, dikasihi, tanpa mengenal erti penat dan lelah. Sehingga kini keringat nya masih lagi digunakan demi anak yang disayangi..
Pengalaman saya semasa kecil, mak dan abah tidak mempunyai kerja tetap.. Hanya sekadar peniaga kecil-kecilan.. berniaga nasi lemak dan kuih muih di kampung. dari jam 3pagi mak abah bangun, menyediakan segala keperluan dan makanan yg ingin dijual, mengusung menggunakan vespa pada jam 6pg. Membuka meja, menyusun kuih muih dan makanan yg lain untuk dijual.. Alhamdulillah sambutan dari penduduk kampung sangat menggalakkan. Habis jualan mak abah gi terus beli bahan-bahan untuk dimasak esoknya. dan cari daun pisang untuk nasi lemak dan kuih muih.. Sampai di rumah, masakkan untuk anak2, melayan karenah anak2, mengemas rumah. mujur abg ku sudah pandai menjaga adik2 di rumah, jadi adik2 tinggal je kat rumah. kalau time abg sekolah, aku dan adik akan dibawa bersama menaiki vespa. Naik vespa berempat..bygkan cmane... adik duduk di riba mak kat blkg, aku duduk di paha abah sebelah kiri..bahan2 jualan letak di dalam bakul dan letak di depan bersama aku.. Walaupun perit dan sedih,, kenangan itu tetap manis di ingatan kami adik beradik.
Sehingga kini mak abah masih lagi berniaga nasi lemak dan kuih muih kerana itu adalah minat mereka..suruh berhenti duduk rumah rehat, anak2 tanggung mkn,,die xmau,,die kata boring duk umah jer.. Xpela,,yang penting mak abah hepi.. :-)
Besar PENGORBANAN mak dan abah yang tanpa kita sedar telah memberikan kejayaan di dalam diri ini. atas didikan yang diberi, Alhamdulillah kami 3beradik tidak pernah lupakan org tua kami, tidak pernah lupa jasa orang tua kami...
Kedua, PENGORBANAN seorang suami/isteri... Saya sebagai isteri telah melalui pelbagai dugaan dan ujian dr Allah untuk menguji kekuatan Keimanan hati ini. Suami lah tempat saya mengadu, tempat saya berkongsi masalah, tempat saya bermanja, Alhamdulillah pengorbanan suami saya yang menjaga saya sewaktu saya terlantar di hospital dengan sakit yg tidak dapt ditafsirkan oleh doktor. Sehingga kini, saya masih lagi menghadapi ujian Allah yang tak pernah putus. Suami saya tetap disisi, menyokong, membantu untuk melihat saya bahagia bersamanya. Itu Pengorbanan seorang suami yang dapat saya gambarkan. Mungkin anda juga mengalami ujian dan dugaan dari Allah yang lebih hebat dari saya. Satu tindakan kita, mohon la PadaNya agar suami kita tetap disisi bersama susah dan senang kita. semoga Allah mendengarnya kerana Allah Maha Mendengar.
Ketiga, Keempat, Kelima dan seterusnya, anda sendiri blh sambung apa saja pengorbanan yang telah anda alami bersama insan disekeliling anda.
Apapun di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.. Semoga segala pengorbanan ikhlas yang telah anda lakukan akan mendapat ganjaran yang baik dan hebat dari NYA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dah baca? tinggalkan komen la... (^_^)