Asmaul Husna

Anda Pelawat ke:

Isnin, 23 Ogos 2010

Ayam 1000 Rasa

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam (sederhana besar)
1 mangkuk kecil air
4 sudu minyak masak
3 sudu kicap manis
3 sudu kicap manis
4 sudu sos tiram
3 sudu sos tomato
2 sudu jus oren
2 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
1 sudu buah badam (ditumbuk) - klu xnk pun xpe..
1 inci belacan - i xletak belacan pun..
Sedikit garam dan sebuk perasa  

Bahan-bahan untuk dikisar:
1 inci halia
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai lada kering 


CARA MEMASAK:
1. Ayam dipotong kepada bahagian yang lebih kecil dan dibuang tulangnya.

2. Setelah dibersihkan, perap ayam selama 2 jam bersama kicap, sos tiram,sos tomata dan jus oren. Masukkan juga lada hitam bersama buah badam yang telah ditumbuk.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar. Biarkan sehingga naik baunya.

4. Masukkan belacan dan garam serta serbuk perasa. Masukkan air

5. Masukkan ayam yang telah diperap tadi. Kacau dan biarkan seketika sehingga masak. 

p/s: Hubby puji lauk ni sedap...hehehe..suke3x..

2 ulasan:

  1. hurm..nak tanye camne rupenye ayam 1000 rase ni bile dah siap???sedap ke???kalo sedap ley tray...

    BalasPadam
  2. Le3n's diari - sedap.. persediaan pun simple.. cube la try.. (^_^) Saya banyak kali dah masak menu ni lepas dapat resepi.. Alhamdulillah hubby makan bertambah2..hehehe...

    BalasPadam

Dah baca? tinggalkan komen la... (^_^)